Jambatan gantung Sungai Rekoh itu sudah teruk – Bapa mangsa

Jambatan itu sudah teruk – Bapa mangsa

MASARI Sardi dan isteri, Liswati Ali melihat beg dan buku sekolah yang terakhir dibawa oleh anaknya sebelum mereka terjatuh dari jambatan gantung yang uzur di Kampung Rekoh, Keratong, Rompin, Pahang pada 28 April lalu. – FOTO/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Biarpun reda dengan nasib menimpa dua anaknya yang lemas di Sungai Rekoh di sini, namun, bapa kepada kanak-kanak berkenaan melahirkan rasa kecewa terhadap keadaan jambatan gantung di kampung itu yang disifatkannya terlalu usang dan teruk.

Masari Sardi, 40, berkata, jambatan gantung itu perlu ditukar kepada jambatan baharu bagi memastikan tiada lagi nyawa melayang selepas ini.

“Siapa yang tidak sedih apabila dua anak kandung saya pergi sekelip mata, isteri saya, Liswati Ali, 38, sampai ke hari ini tidak dapat melupakan kejadian itu.

“Saya harap pihak ber­kena­an memandang serius perkara ini dengan menggantikan jambatan tersebut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Sementara itu, Liswati ketika ditemui wartawan Utusan Malaysia kelihatan masih bersedih dengan kejadian yang menimpa dua anaknya.

Dia masih tidak mampu untuk berkata-kata kerana masih mengenangkan nasib dua anak­nya yang hilang sekelip mata dalam kejadian malang itu.

Bagi menghilangkan rasa sedih, pasangan berkenaan ju­ga telah membungkus segala barangan milik anak mereka kerana akan terkenang jika melihatnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.