SHAH ALAM: Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Tertutup Malawati dipenuhi pesakit Covid-19 susulan kehadiran individu luar dari daerah Petaling. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita & Keluarga, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, pihaknya difahamkan pesakit luar daerah datang kerana kesukaran menghubungi pejabat kesihatan daerah (PKD) masing-masing. “Mereka sepatutnya pergi ke CAC daerah masing-masing, tetapi kerana risau dan sukar menghubungi PKD, mereka terus datang ke CAC Stadium Malawati.…










