Arak tidak bercukai RM1.39 juta dirampas - Utusan Malaysia

Arak tidak bercukai RM1.39 juta dirampas

ANTARA minuman keras tidak bercukai yang dirampas JKDM Johor dalam tiga serbuan di Selangor dan Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas minuman keras tidak bercukai bernilai RM1.39 juta menerusi tiga serbuan di negeri ini dan Selangor pada 26 dan 30 April lalu.

Pengarah JKDM Johor, Sazali Mohamad berkata, kes pertama melibatkan satu pemeriksaan terhadap sebuah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang, pada 26 April lalu.

Katanya, dalam pemeriksaan itu, penguat kuasa menemukan 24,200 botol minuman keras bersamaan 8,712 liter tidak bercukai dengan rampasan keseluruhan bernilai RM401,845.11.

“Bagi kes kedua, JKDM Johor menyerbu sebuah rumah teres di Taman Bukit Indah di sini yang dijadikan tempat penyimpanan minuman keras pelbagai jenama tidak bercukai.

“Hasil pemeriksaan menemukan 7,404 botol minuman keras yang bersamaan 5,178 liter yang disembunyikan di dalam premis dengan nilai rampasan sebanyak RM815,841.18,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Sazali, kes ketiga pula membabitkan satu serbuan yang dijalankan di sebuah gudang pembekal barang makanan di Seksyen U5, Shah Alam, Selangor, pada 30 April lalu.

“Gudang berkenaan dijadikan tempat menyimpan 28,320 botol yang bersamaan 9,346 liter minuman keras tidak bercukai yang disimpan di dalam sebuah treler dan sebuah kontena dengan nilai rampasan keseluruhan RM174,762.72.

“Usaha mengesan suspek yang terlibat dalam ketiga-tiga operasi berkenaan sedang giat dijalankan,” ujarnya.

Katanyai, ketiga-tiga kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 135(1(a) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN