KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan kafenya sendiri, Kak kona sanggup mengorbankan hatinya untuk bercinta dengan lelaki yang kononnya mampu untuk membantu mengembangkan perniagaannya.
Namun, dia terpaksa menempuh pelbagai cabaran terutama di kala dunia perniagaan menghadapi gelombang ekonomi merudum yang cukup membimbangkan.
Itu adalah sinopsis ringkas drama Live! Dari Kafe Kak Kona yang akan ditayangkan malam ini di slot Cerekarama pukul 10 malam.
Dilakonkan dengan cukup berkesan oleh Shiha Zikir dan Nazim Othman, drama ini bertepatan dengan situasi pandemik yang kini bukan sahaja melanda negara namun dunia.
Adakah Kak Kona mampu menyelamatkan kafenya daripada menjadi ‘mangsa’ lingkup, semuanya terjawab malam ini dalam drama yang diterbitkan Ren Ryzam dan diarahkan oleh Shahnas Putra.










