Perubatan ialah bidang yang penting dari sudut pandang Islam. Kepentingan ini dapat dilihat apabila Imam Syafi‘i menukilkan kata-kata berikut: “Ilmu itu ada dua: ilmu agama iaitu ilmu fiqh dan ilmu dunia iaitu ilmu perubatan.” Dari semasa ke semasa akan timbul isu-isu berkaitan perubatan yang mendapat perhatian daripada masyarakat kerana persoalan yang timbul dari sudut agama khususnya aspek hukum-hakam. Perkara ini termasuklah isu vaksin Covid-19 yang hangat diperkatakan semenjak akhir tahun lalu. Apabila beberapa vaksin berjaya dihasilkan menjelang akhir 2020, satu sinar baharu mula kelihatan untuk membendung penularan pandemik Covid-19 yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya