Tiada kerjasama politik Pakatabn Harapan dengan UMNO

Tiada kerjasama politik PH dengan UMNO

LIM Guan Eng sewaktu berucap pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal Ke-19 di Seremban hari ini. - FOTO/BADRUL HAFIZAN MAT ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiada kerjasama politik di antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO namun kedua-keduanya boleh bekerjasama dalam isu yang membabitkan kepentingan rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, isu-isu rakyat yang dimaksudkan tersebut termasuklah desakan supaya Parlimen dapat bersidang semula.

“Dalam Majlis Presiden PH kita mahu gembleng semua parti-parti pembangkang supaya kita dapat buat satu barisan untuk lawan Perikatan Nasional (PN). Mana-mana pihak yang boleh menerima asas perjuangan PH, tiada masalah, kecuali kleptokrat sahaja.

“Kita tiada kerjasama politik dengan UMNO tetapi kita rela bekerjasama mengenai isu rakyat seperti untuk membuka balik parlimen, tiada masalah. Tetapi daripada segi politik, tiadalah, kita berpandukan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh PH,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal Ke-19 di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook.

Sementara itu ditanya berhubung isu tular audio perbualan yang dikatakan mirip di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Guan Eng berkata, ia merupakan satu taktik kotor.

“Datuk Seri Anwar sudah menafikan, seperti dia sebut ini gangguan daripada pihak parti lawan.

“Itu biasa, seharusnya kita lihat daripada segi isu-isu yang memberi kepentingan kepada rakyat. Jangan terperangkap dengan taktik-taktik kotor seperti ini,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya