fbpx

17 Jun 2021, 2:39 pm

  TERKINI

Nash cedera, kenderaan terbabas langgar tembok penghadang

Nash diberi bantuan di lokaSI kemalangan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penyanyi, Datuk Jamaludin Elias, 62, atau Nash cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan, petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 250.8 (Arah Utara) kira-kira pukul 4 petang.

Menurutnya, Nash mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada dan telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) dekat sini.

KEADAAN kenderaan yang dinaiki Nash remuk selepas terbabit kemalangan di Kilometer 250.8 (arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan, Seremban, petang tadi. – IHSAN PEMBACA

Tambahnya, kejadian berlaku apabila kenderaan yang dinaiki Nash iaitu jenis Toyota Harrier dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mohd. Said, pemandu kenderaan tersebut yang merupakan seorang lelaki berumur 33 tahun pula mengalami kecederaan luka-luka ringan.

“Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN