Nama Nicky Liow diletakkan dalam notis merah - Ayob Khan

Nama Nicky Liow diletakkan dalam notis merah – Ayob Khan

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Nama ahli perniagaan buruan, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, yang disyaki mendalangi sebuah kumpulan jenayah terancang di negara ini akan disenaraikan dalam individu dikehendaki dan dikenakan notis merah oleh Polis Antarabangsa (Interpol).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika ditemui berkata, pihaknya dalam proses menerima waran baru daripada pihak Mahkamah Petaling Jaya petang ini bagi meletakkan Nicky Liow dalam senarai dikehendaki.

NICKY LIOW SOON HEE

Kata beliau, permohonan itu dibuat susulan sebelum ini pihak polis pernah mengemukan notis biru kepada Interpol bagi mengesan lokasi kedudukan beliau sekiranya suspek berada di luar negara.

“Insya-Allah, kita akan hantar permohonan notis merah itu secara rasmi kepada Interpol dalam dua atau tiga hari ini.

“Notis merah ini dibuat bagi membuat hebahan kepada Interpol sekiranya kita kesan suspek berada di luar, kita mahu dia ditangkap,” katanya ketika ditemui Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ayob Khan ketika ditanya berhubung pangkat 34 pegawai yang terlibat dalam Geng Nicky, beliau enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, Ayob Khan menyampaikan sumbangan bernilai hampir RM20,000 kepada anak pembantu tadbir yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Muar kerana menghidap kanser mata.

Kanak-kanak tersebut Nur Aafiyah Mikayla,2, merupakan anak ketiga pasangan Mohd. Asnadi Sakeh@Salleh dan Norfazlena Afizal dan sedang menerima rawatan selama 6 bulan di hospital berkenaan. 

Wang sumbangan tersebut hasil kutipan derma dari warga Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru dan Tabung Kebajikan Amal Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Tunku Laksamana Johor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya