fbpx

22 Oktober 2021, 12:08 pm

  TERKINI

Majlis Belia Johor selar kenyataan Dr. Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Belia Negeri Johor menggesa supaya satu siasatan dijalankan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan seolah-olah menyindir kuasa raja-raja dan Perlembagaan undang-undang negara.

Naib Presidennya, Mohd. Hafiz Jalalludin Abd. Manap berkata, sebagai seorang yang dianggap ‘negarawan’ seharusnya menjadi contoh yang baik kepada rakyat dan bukannya berlagak menjadi hero.

Tetapi hakikatnya secara halus menentang kuasa raja-raja Melayu dengan menghasut rakyat akan keputusan yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengenai perintah darurat sehingga bulan Ogos.

“Baru-baru ini, Dr. Mahathir telah menghantar satu memorandum untuk pembatalan perintah darurat kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Di dalam kenyataan kepada media, beliau menyatakan dahulu orang tidak mahu derhaka kepada raja, sekarang orang ramai sudah mula marah kepada raja-raja’.

“Selain itu, kenyataan ‘Aku Sokong Darurat’ pada posting beliau empat hari lepas yang mengandungi 22 isi ini seolah olah menyindir kuasa raja-raja dan Perlembagaan undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, kata Mohd. Hafiz Jalalludin, satu laporan polis telah dibuat oleh Majlis Belia Negeri, Johor agar siasatan dapat dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan yang dikeluarkan Dr. Mahathir.

“Sekiranya kenyataan tersebut benar mempunyai unsur hasutan kepada rakyat, tindakan perlu diambil oleh PDRM demi menjaga keharmonian negara dan menjunjung asas prinsip rukun negara ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara,” jelasnya. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI