Lelaki Pakistan dipenjara lapan bulan pukul isteri guna wayar pengecas telefon bimbit - Utusan Malaysia

Lelaki Pakistan dipenjara lapan bulan pukul isteri guna wayar pengecas telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penganggur warganegara Pakistan dipenjara lapan bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari
ini terhadap tuduhan memukul isterinya dengan wayar pengecas telefon bimbit.

Majistret Zhafran Rahim Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Irfan, 28, dan memerintahkan tertuduh dipenjarakan bermula tarikh tangkapan pada 26 September tahun lalu.

Tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pemasang kipas siling didakwa mendatangkan kecederaan ke atas isterinya yang juga warga India, Gurpreet Kaur, 25, dengan cara memukul belakang badan wanita itu menggunakan wayar pengecas telefon bimbit.

Kesalahan itu dilakukan rumah mereka di Jalan Bandar Puteri, Puchong, di sini, pukul 11 malam pada 25 September tahun lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau dengan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Zubaidah Mahat memohon hukuman berat mengambil kira faktor kecederaan dialami mangsa serius.

Bagaimanapun peguam, Ammanjeet Singh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi
perbuatannya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, isteri tertuduh telah membuat laporan polis berikutan tindakan lelaki itu menguncinya di luar rumah
bersama anak lelaki mereka selepas dipukul di bahagian belakang badan dan kaki menggunakan wayar pengecas telefon bimbit.

Ekoran laporan polis itu, rakyat Pakistan tersebut ditahan oleh polis di tempat kejadian, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Serdang untuk tindakan lanjut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya