Stesen TV hadapi cabaran hasilkan drama baharu

Stesen TV hadapi cabaran hasilkan drama baharu

AZMIR SAIFUDDIN MUTALIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib me­ngakui stesen televisyen (TV) berdepan cabaran untuk menghasilkan drama baharu disebabkan penyusutan peruntukan.

Menurut Azmir, penyusutan kos tersebut dipengaruhi oleh pembelian iklan yang mana semakin lama semakin merosot gara-gara saingan termasuk da­ripada platform OTT.

“Stesen TV hari ini berdepan persaingan terutamanya daripada perkhidmatan penstriman media (OTT) seperti Netflix, Viu dan sebagainya.

“Ini belum lagi kita bercakap tentang saingan kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya.

“Mereka bergantung kepada iklan untuk menguruskan kos-kos sedia ada. Jadi, semakin kurang pembeli iklan, maka berkuranglah pendapatan dan banyak bajet terpaksa dipotong termasuk untuk penghasilan drama,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Azmir mengulas tentang beberapa stesen televisyen tempatan yang mengambil langkah mengurangkan penghasilan dra­ma baharu sebaliknya menayangkan semula drama lama di platform mereka.

Azmir memaklumkan stesen TV perlu mengambil langkah drastik dengan melakukan kerjasama dua hala dengan pelbagai pihak termasuk platform OTT.

Baginya, usaha itu adalah untuk memastikan stesen TV terus menayangkan drama-drama ber­­kualiti, bukan mengulang ta­yang drama sedia ada.

“Saya mencadangkan kepada stesen TV agar bergerak seiring perubahan semasa, jalinkan ‘kerjasama pintar’ antara platform OTT untuk menghasilan drama.

“Selain itu, stesen TV harus memantapkan platform media sosial mereka, menayangkan drama-drama berkualiti tetapi berkos rendah di platform TikTok dan Youtube,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN