Kluster pendidikan melonjak 83.3 peratus - Utusan Malaysia

Kluster pendidikan melonjak 83.3 peratus

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 22 kluster institusi pendidikan di seluruh negara dilaporkan pada minggu lalu, menokok 83.3 peratus berbanding hanya 12 kluster pada minggu sebelumnya.

 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, ia pertambahan kedua paling tinggi selepas kluster aktiviti keagamaan yang merekodkan peningkatan genap 200 peratus.

 “Begitu juga kluster komuniti yang mencatatkan pertambahan 11.1 peratus manakala dua kategori kluster iaitu tempat kerja dan pusat tahanan makin berkurangan,” kata beliau selepas merasmikan majlis sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021 di kementerian tersebut di sini hari ini.

 Menurut beliau, secara keseluruhan terdapat 68 kluster baharu direkodkan dalam tempoh  seminggu lalu iaitu naik 6.3 peratus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,583 kluster.

  “Bagi mengekang penularan di institusi pendidikan, saya memohon ibu bapa selain murid yang ada gejala tidak hadir ke sekolah,” kata Adham.

 Adham memberitahu, setakat ini sejumlah 23,779 murid berusia 12 tahun dan ke bawah dijangkiti wabak itu berbanding hanya 8,369 murid disahkan Covid-19 sepanjang tahun lepas.

 Katanya, bilangan itu agak besar namun ia mendedahkan kes mudah berjangkit dalam kalangan murid yang mungkin leka mengabaikan prosedur operasi standard (SOP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya