Kerajaan negeri tiada kuasa tutup sekolah - Ismail Sabri

Kerajaan negeri tiada kuasa tutup sekolah – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penutupan sebahagian atau keseluruhan operasi sekolah bukan terletak di bawah bidang kuasa pihak kerajaan negeri namun atas penilaian Kementerian Kesihatan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak kementerian itu akan meneliti makluman daripada Kementerian Pendidikan sebelum keputusan akhir dibuat.

“Kalau pihak kerajaan negeri berpendapat mahu tutup kesemua atau sebahagian sekolah di kawasan tertentu, mereka masih kena bincang dengan dua kementerian ini terlebih dahulu.

“Bidang kuasa ini masih lagi dipegang dua kementerian itu dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang kerana kita memantau situasi,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan penutupan sekolah ketika ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan dan beberapa daerah di Sabah yang agak teruk kes Covid-19.

Pada masa sama, Ismail Sabri menjelaskan penetapan status PKP, PKP Bersyarat (PKPB), PKP Diperketatkan (PKPD) dan PKP Pemulihan (PKPP) juga atas penilaian risiko dibuat.

Justeru ujarnya, pelaksanaan kawalan pergerakan pada masa ini difokuskan mengikut lokaliti sasaran seperti sekolah, taman perumahan, perkampungan atau peringkat daerah sahaja.

“Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian sebelum beri nasihat penutupan sesuatu kawasan dengan konsep tumpu terus di lokaliti itu tanpa jejas zon sekitarnya,” kata beliau.

Ditanya pemberita sama ada Malaysia sudah pun memasuki gelombang keempat wabak Covid-19, beliau berkata, tahap pandemik di negara ini masih gelombang ketiga fasa kedua. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya