Kenyataan Dr. Mahathir ada 'penjenayah' dalam PN wajar diberi perhatian - Utusan Malaysia

Kenyataan Dr. Mahathir ada ‘penjenayah’ dalam PN wajar diberi perhatian

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) didukung ‘penjenayah’ dan beliau tidak boleh menerima perkara itu dilihat memiliki merit tertentu dan wajar diberi perhatian.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, Dr. Mahathir masih mempunyai ketajaman pemikirannya sendiri selain diakui sememangnya seorang pemimpin yang berpengalaman luas dalam selok-belok politik negara.

“Saya nampak pandangan beliau itu ada merit-merit tertentu. Bagi saya, apa-apa pandangan Dr. Mahathir, selagi ia baik, wajar diberikan perhatian walaupun beliau tidak mengikat kepada sesiapa.

“Oleh kerana beliau memberikan pendapat tersebut secara individu, kita menghargainya,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bakul makanan sempena Ramadan di Kampung Padang Halban, di sini semalam.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir dilaporkan mengakui ada pihak tertentu memujuknya menyertai PN, namun, beliau menolak dengan alasan tidak boleh bekerjasama dengan beberapa ‘penjenayah’ yang ada dalam kerajaan sekarang.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau hanya akan mempertimbangkannya kemungkinan untuk menyertai PN sekiranya para penjenayah tersebut tidak lagi berada dalam gabungan tersebut.

Dr. Mahathir dipercayai merujuk kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang kini berdepan pertuduhan di mahkamah.

Dalam perkembangan berkaitan, Annuar berkata, gesaan pemimpin pelbagai peringkat dalam UMNO supaya Ahmad Zahid berundur dan melepaskan jawatan itu ketika ini adalah tidak wajar dan perlu dihentikan segera.

“Saya tidak setuju dengan desakan supaya Ahmad Zahid berundur. Bagi saya, lebih elok kita ikut saja kepada peraturan parti sehingga tamat tempoh hakiki pada 30 Jun ini. Sekarang April, dua bulan sahaja lagi.

“Kalau nak berundur pun, itu adalah hak tuan punya badan,” katanya.

Menurut bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, semua pemimpin dalam UMNO sepatutnya menjadikan bulan Ramadan ini sebagai titik membentuk semula berpaduan dalam parti yang kian retak. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya