Kadar zakat fitrah Melaka kekal RM7 dan RM14 - Utusan Malaysia

Kadar zakat fitrah Melaka kekal RM7 dan RM14

MOHD. ALI Mohd. Rustam (tengah) menerima buku Covid-19 Melanda Negara dan Dunia di Hotel Muzaffar Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kadar zakat fitrah pada tahun ini bagi negeri Melaka kekal pada RM7 dan RM14. 

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, kadar itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bersetuju mengekalkan kadar RM7 bagi pengguna beras Super Spesial Tempatan, manakala RM14 bagi pengguna beras jenis Super Spesial Import, Basmathi, Thai/Siam dan gred beras lebih tinggi. 

“Kadar zakat pada tahun lalu dikekalkan iaitu RM7 dan RM14 mengikut jenis beras dan bayaran boleh dilakukan bermula 1 Ramadan tidak lama lagi. 

“Pembayaran boleh dibuat melalui 1,500 amil dilantik yang terdiri dalam kalangan imam dan pegawai kakitangan masjid di seluruh negeri,” katanya. 

Abdul Halim berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Buku Covid-19 Melanda Negara dan Dunia yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Dr. Mohd. Ali Mohd. Rustam di Hotel Muzaffar Ayer Keroh di sini, hari ini. 

Turut hadir ialah Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali; Pegawai Memerintah 94 Hospital Angkatan Tentera (HAT), Brigedier Jeneral Dr. Mohamed Hatta Manis dan penulis buku berkenaan, Datuk Mohamad Din Yusoh.

Jelas beliau, walaupun pembayaran zakat fitrah itu boleh dibuat secara bersemuka dengan amil, namun umat Islam digalakkan untuk melaksanakannya menerusi kemudahan dalam talian bagi mengekang penularan pandemik Covid-19. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya