Mesin gol pamer bisa

Mesin gol pamer bisa

LIONEL Messi meledak dua gol ketika Argentina menewaskan Austria, semalam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pentas Piala Dunia 2026 menjadi medan Lionel Messi, Kylian Mbappe, dan Erling Haaland mempamerkan sentuhan berbisa untuk membantu pasukan masing-masing mengharungi kempen awal kejohanan dengan cemerlang.

Tumpuan utama sudah tentu terarah kepada Messi,39, yang telah mengumpul lima gol selepas dua perlawanan, dengan terbaharu meledak dua gol ketika Argentina menewaskan Austria 2-0 dalam aksi Kumpulan J, semalam.

Jaringan tersebut membolehkan kapten Argentina itu, mencipta sejarah sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Piala Dunia dengan 18 gol, mengatasi rekod legenda Jerman, Miroslav Klose (16), serta rekod wanita milik Marta dari Brazil (17).

Tidak ketinggalan, ayam tambatan Perancis, Mbappe terus menghambat rekod Messi apabila meledak dua gol ketika membantu Les Blues menewaskan Iraq 3-0, dengan merekodkan empat jaringan keseluruhan.

Pada usia 27 tahun, Mbappe dilihat sebagai calon paling berpotensi untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak Piala Dunia, malah, dua gol ke atas Iraq turut menyaksikannya muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Perancis dengan 59 gol antarabangsa.

Sementara itu, Haaland yang menikmati pentas Piala Dunia pertamanya bersama Norway tidak menunggu lama untuk membuktikan reputasinya sebagai antara penyerang terbaik dunia, apabila turut merekodkan empat gol keseluruhan.

Perkembangan menarik statistik jaringan itu bakal menyaksikan persaingan merebut anugerah Kasut Emas Piala Dunia 2026 kini semakin menjadi antara yang paling menarik dalam sejarah.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN