GEORGETOWN: Perbalahan mengenai bekalan air mentah di Sungai Muda perlu diketepikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan Kedah bagi mengelak rakyat menjadi mangsa. Perbalahan itu tidak mendatangkan manfaat ketika ramai penduduk khususnya di Kedah masih memerlukan fokus daripada kerajaan bagi mengatasi masalah bekalan air. Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM) merangkap Sekretariat Sahabat Ulu Muda, (FOuM), R. Meenakshi berkata, ketika perdebatan panas berlaku antara kedua-dua negeri, air dari hulu Sungai Muda…










