Usahawan perlu fokus perkhidmatan, bukan produk semata-mata

Usahawan perlu fokus perkhidmatan, bukan produk semata-mata – Wan Junaidi

WAN Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) menyerahkan sate yang dibeli seorang pelanggan secara pandu lalu di Al-Mizan Satay House, di Kampung Ubi, Johor Bahru, Johor. - FOTO/KHAIRUL MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Usahawan muda yang melibatkan diri dalam perniagaan berkonsepkan francais dinasihatkan tidak hanya fokus kepada produk semata-mata, sebaliknya turut memberi tumpuan kepada aspek perkhidmatan dan pemasaran agar sesuai dengan peredaran masa. 

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, hal itu penting kerana perkhidmatan yang efisien mampu menjadikan sesebuah perniagaan berdaya saing.

Malah, tambah beliau, ia juga bagi membolehkan sesuatu perniagaan itu meluaskan pasaran mereka ke peringkat global.

“Jika hendak francaiskan perniagaan, kita kena ingat ia bukan mengenai produk sahaja, tetapi harus ambil kira perkhidmatan, pemasaran dan lain-lain.

“Lihat perniagaan francais makanan segera seperti KFC dan McDonalds, selain mementingkan kualiti produk, sistem penghantaran makanan dan pemasaran mereka amat efisien sehingga rangkaiannya ada di seluruh dunia.

“Perkara seperti inilah yang mahu kita galakkan untuk usahawan tempatan contohi,” katanya ketika berucap pada program Lawatan Menteri ke Al-Mizan Satay House di Kampung Ubi, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Junaidi menyifatkan perniagaan Al-Mizan Satay House sebagai satu contoh francais yang inovatif kerana menggunakan konsep pandu lalu bagi menarik pelanggan.

“Selama ini, konsep pandu lalu (drive-thru) melibatkan makanan segera tetapi di sini, sate pun ada drive-thru, sekali gus membuktikan produk tempatan seperti sate juga boleh diinovasikan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Al-Mizan, Mohd. Syarifuddin Misjan berkata, pihaknya memperkenal konsep perniagaan sate secara pandu lalu kerana percaya produk itu mempunyai nilai tinggi untuk dipasarkan.

“Sebagai contoh, makanan ‘hipster’ hanya popular beberapa tahun tetapi makanan seperti sate, ia telah terbukti bertahan lama kerana ia merupakan makanan tradisi,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya