PETALING JAYA: Syarikat pengendali umrah dan haji berharap kerajaan Arab Saudi tidak menangguhkan lagi urusan kedua-dua ibadah itu menjelang Jun ini bagi mengurangkan bilangan menunggu lebih ramai atau bertindan. Penangguhan dua tahun berturut-turut juga tentu mengundang kekecewaan selain dikhuatiri ada dalam kalangan mereka ‘tidak sempat’ menunaikan hajat beribadah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, penangguhan akan menyebabkan sekurang-kurangnya…










