PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa menanggung kos perpindahan yang besar sekiranya membenarkan permohonan pertukaran anggotanya yang mencecah purata 1,200 orang setiap bulan tahun lalu. Tanpa memberitahu kos yang ditanggung, jumlah itu melibatkan perbelanjaan perumahan, pengangkutan dan logistik termasuk ahli keluarga setiap anggota dan pegawai yang bertukar. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, berdasarkan rekod, dalam tempoh tahun lalu sehingga kelmarin, sebanyak 25,053…










