KANGAR: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu diberi peluang memerintah sehingga cukup penggal memandangkan tiada keperluan mendesak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Beliau menegaskan, pemerintahan PN perlu diberi cukup masa sehingga habis tempoh bagi membuktikan segala dasar yang dirancang dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat di negara ini. Kata Setiausaha Agung Pas itu, kerajaan PN baru setahun memerintah…










