Potong barisan: Polis tunggu rakam keterangan individu sebar dakwaan - Utusan Malaysia

Potong barisan: Polis tunggu rakam keterangan individu sebar dakwaan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2, Kota Bharu pada 9 Mac 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis menunggu untuk merakam keterangan individu yang mendakwa berlaku ‘potong barisan’ dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melibatkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru-baru ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya sudah menghubungi individu tersebut yang kini berada di Putrajaya bagi menetapkan tarikh  untuk dia memberi keterangan berhubung isu itu.

Menurut beliau, setakat ini, tujuh orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Insya-Allah kita jangkakan proses ini dilengkapkan dalam tempoh terdekat,” katanya selepas meninjau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2 di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud.

Pada 28 Februari lalu tular satu tangkap layar di laman sosial Twitter  dakwaan seorang individu kononnya suntikan vaksin Covid-19 kepada doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan yang tersenarai awal sebagai penerima di Kelantan terpaksa ditangguhkan.

‘Penangguhan’ itu bertujuan memberi laluan kepada 200 kakitangan di pejabat SUK Kelantan.

Susulan itu, Kerajaan Negeri Kelantan menafikan dakwaan tersebut sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 6 Mac lalu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya