ARAU: Undi kaum Cina dijangka menjadi penentu jika berlaku pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Rusdi Omar berkata, pertembungan tiga penjuru itu sekali lagi akan menyebabkan undi Melayu berpecah. Katanya, keadaan itu seolah-olah tidak berbeza dengan PRU-14 yang memberi kelebihan besar kepada PH…










