PETALING JAYA: Kerjasama strategik yang terjalin di peringkat antarabangsa mampu meletakkan Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebaris dengan pasukan keselamatan negara luar. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyertaan anggota serta pegawai polis dalam latihan, kursus atau persidangan di dalam negara serta di peringkat antarabangsa perlu dipertingkatkan bagi memperoleh pendedahan dan perkongsian lebih global. Katanya, usaha itu bagi menghadapi cabaran serta ancaman moden di samping melengkapkan pasukan PDRM dengan…










