Melaka: Kota Melaka merupakan kawasan hitam untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila kerusi Parlimen itu dan lima Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya tewas kepada Pakatan Harapan (PH). Apa yang tidak dijangka adalah DUN Telok Mas yang merupakan kubu kuat UMNO juga terlepas ke tangan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Noor Effandi Ahmad yang kini Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri. Justeru, penting untuk UMNO…










