Khairy Jamaluddin individu pertama menerima vaksin Sinovac

Khairy Jamaluddin individu pertama disuntik vaksin Sinovac

KHAIRY Jamaluddin adalah antara watak penting kejayaan program vaksinasi negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Sinovac di negara ini.

Beliau yang merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerimanya suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Hospital Rembau pada jam 1.30 petang tadi

Turut menerima suntikan pertama vaksin Sinovac hari ini bersama beliau ialah 10 petugas barisan hadapan terdiri daripada 10 anggota bomba, dua orang anggota Rela dan enam petugas di hospital tersebut.

Khairy disuntik dengan vaksin berkenaan oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital Rembau, Salha Abd. Samad selepas melalui tiga stesen iaitu saringan gejala dan suhu,  pendaftaran bagi mengesahkan kehadiran dan stesen ketiga bagi proses konsultasi dan persetujuan imunisasi.

Selepas disuntik, beliau seterusnya diletak di bawah pemerhatian di stesen kelima.

Khairy sebelum ini memaklumkan negara menerima sejumlah 100,000 dos vaksin Covid-19 Sinovac pada 15 Mac lalu dan bakal menerima jumlah yang sama pada 22 Mac ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya