Jangkaan 500 kes harian Covid-19 Mei ini - Adham

Jangkaan 500 kes harian Covid-19 Mei ini – Adham

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah positif Covid-19 dijangkakan boleh menurun sehingga 500 kes sehari pada Mei ini mengikut kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught Covid-19 kurang 1.0. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, perkara itu dilihat berdasarkan trend penurunan kes mengikut negeri yang dicapai setakat hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, situasi itu hanya boleh berlaku sekiranya kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) tahap tertinggi dalam kalangan rakyat.

“Berdasarkan penelitian kes menunjukkan kadar Rt berada pada paras 0.87 berbanding 0.9 pada dua minggu lalu dan kejayaan ini dicapai berdasarkan SOP yang ditetapkan kerajaan.

“Data ini melihat trend penurunan kekal dan jika rakyat terus patuh kepada SOP, kita jangkakan kes akan berada dalam lingkungan 500 sehari menjelang Mei ini,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, di sini hari ini.

Adham memberitahu, sebanyak 11 daerah di semenanjung memperoleh status zon hijau berbanding enam daerah pada 28 Februari lalu.

Menurut beliau, 11 daerah di Sarawak manakala dua daerah di Sabah juga telah bertukar status kepada zon hijau.

“Status daerah yang berada dalam zon merah juga telah berkurang di seluruh negara.

“Justeru, kami merayu agar semua rakyat terus patuh kepada SOP yang ditetapkan dan mengamalkan budaya atau normal baharu untuk kita sama-sama putuskan jangkitan virus ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.