JAIS, Polis Selangor bincang kesan Muhammad Sajjad - Utusan Malaysia

JAIS, Polis Selangor bincang kesan Muhammad Sajjad

ARJUNAIDI MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengesahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan perbincangan dengan Polis Selangor berhubung usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, pertemuan itu diadakan supaya tindakan susulan mana-mana pihak dapat teratur daripada segi undang-undang.

“Satu pertemuan telah diadakan dan bukan sekadar JAIS sahaja, ia juga melibatkan lain-lain agensi lain yang berkaitan dengan undang-undang,” katanya hari ini.

Semalam, Abdul Aziz mengesahkan, JAIS bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan Muhammad Sajjad.

Menurutnya, tindakan tersebut dibuat supaya tindakan teratur mengikut prosedur mahkamah.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan pertemuan tersebut.

“Memang Polis Selangor ada mengadakan mesyuarat semalam bagi membincangkan beberapa perkara supaya tindakan seterusnya dapat diambil.

“Namun, kita tidak dapat kongsi butiran lanjut berhubung perkara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, tinjauan laman Instagram milik Muhammad Sajjad mendapati akaun yang telah dinyahaktif sejak beberapa hari lalu telah kembali aktif hari ini dengan memuat naik klip video mempromosikan produk jualannya.

Terdahulu, Muhammad Sajjad terus mendiamkan diri dengan tidak memaklumkan apa-apa kepada sesiapa selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan terhadapnya kerana kegagalannya hadir ke Mahkamah Syariah pada 22 Februari lalu.

Muhammad Sajjad juga tidak menghubungi ibu bapanya sejak waran tangkap terhadapnya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Usahawan itu dikatakan kali terakhir menghubungi peguamnya dengan menyerahkan sijil cuti sakit (MC) yang diperoleh daripada kerajaan selama dua hari.

Baru-baru ini, JAIS telah memberikan arahan kepada penguatkuasanya bagi mengesan dan menahan Muhammad Sajjad untuk dibawa ke mahkamah.

Waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad itu dikeluarkan Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii susulan pertuduhan terhadapnya iaitu berpakaian seperti wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya