PETALING JAYA: UMNO perlu membuat ketetapan untuk bergerak sendiri daripada terus ‘dibuli’ Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ini berikutan suara UMNO adalah lebih besar daripada Bersatu di Parlimen, namun kini diibarat mengikut telunjuk parti itu dalam kerjasama yang terjalin di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN). Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, ketika awal pemerintahan Perdana…










