Ordinan darurat: Memorandum untuk Majlis Raja-raja - Utusan Malaysia

Ordinan darurat: Memorandum untuk Majlis Raja-raja

MAIMUNAH Sargeant (kanan) memegang salinan memorandum yang dihantar kepada SSultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memohon Majlis Raja-raja mengkaji semula pelaksanaan ordinan darurat yang didakwa memberi kesan kepada rakyat.

Timbalan Ketua Kordinator Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia, Dr. Maimunah Sargeant berkata, pihaknya meminta supaya Majlis Raja-raja dapat bertindak dengan menyemak semula perkara tersebut.

Katanya, darurat sepatutnya tidak dilaksanakan apatah lagi oleh kerajaan yang hanya mempunyai majoriti tipis.

“Malah, prosedur yang dilaksanakan sangat skeptikal dan seharusnya dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu.

“Memorandum yang diberikan ini adalah memohon Majlis Raja-Raja melihat kesengsaraan yang ditanggung rakyat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kita merayu keprihatinan Majlis Raja-Raja dengan mendengar rintihan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghantar Memorandum Rakyat Malaysia untuk Raja-raja Melayu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (Masssa) mempersoalkan tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menggantung Parlimen.

Jelasnya, Parlimen adalah medium wakil rakyat untuk membincangkan masalah-masalah yang dihadapi rakyat terutama ketika pelaksanaan PKP.

“Jika Parlimen digantung, bagaimana suara rakyat hendak sampai kepada kerajaan. Ini bermakna suara rakyat tidak dipedulikan kerajaan.

“Kami menggesa supaya perkara ini dilihat semula dan jangan hanya sekadar beri bantuan sahaja,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN