PUTRAJAYA: Orang ramai diminta tidak keliru dengan pengedaran borang palsu berhubung persetujuan menerima suntikan vaksin Covid-19. Borang berkenaan kononnya akan diguna pakai kerajaan dan diedarkan kepada rakyat sebelum menerima suntikan vaksin berkenaan. Memberitahu Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Kementerian Kesihatan akan mengemukakan borang sebenar sebelum pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. “Borang ini belum diedarkan lagi sebab pendaftaran hanya bermula pada bulan depan. “Pegawai Undang-undang Kementerian…










