Vaksin HPV elak hidap kanser serviks

Vaksin HPV elak hidap kanser serviks

KANSER serviks iaitu sejenis kanser yang bermula pada bahagian pangkal rahim. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ibu bapa disaran tidak menolak suntikan vaksin Human Papillomavirus (HPV) kepada anak perempuan mereka berusia 13 tahun kerana imunisasi itu terbukti sebagai benteng mencegah kanser serviks.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, walaupun program vaksinasi HPV percuma dilaksanakan kerajaan sejak 2010, masih terdapat segelintir ibu bapa yang enggan memberi kebenaran.

“Remaja ini masih di bawah umur, jadi mereka memerlukan persetujuan ibu bapa. Kita dapati masih ada keluarga yang tidak bersetuju, sedangkan vaksin ini mampu mengurangkan risiko kanser serviks secara signifikan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Azman berkata, bermula hujung tahun lalu, had umur pe­nerima vaksin diturunkan daripada 15 tahun kepada 13 tahun.

Katanya, ia bagi memastikan perlindungan lebih awal sebelum terdedah kepada risiko jangkitan HPV.

“Vaksin memerlukan masa untuk membentuk antibodi selepas menerima suntikan itu. Lebih awal diberi, lebih baik perlindu­ngan yang terbina,” katanya.

Dr. Azman berkata, pelbagai usaha dilakukan oleh pihaknya bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan program itu termasuk memanggil ibu bapa pelajar melalui unit kesihatan sekolah untuk memberi penerangan serta penjelasan.

“Kita mahu menggalakkn ma­syarakat menerima tawaran suntikan vaksinasi HPV kepada anak-anak perempuan mereka. Kita mahu mereka sedar, risiko remaja perempuan mendapat kanser serviks boleh dikurangkan apabila menerima suntikan vaksinasi ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN