KUALA LANGAT: Pemberian vaksin influenza A secara percuma kepada 12,500 pelajar di sekolah-sekolah dalam empat daerah di Selangor bermula minggu ini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemberian tersebut diuruskan oleh Exco Kesihatan Awam, Jamaliah Jamaludin bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.
“Nanti kita akan tengok, empat daerah itu adalah yang mencatatkan kes influenza tertinggi, sebab itu kita mulakan. Nanti saya akan berikan laporan, berapa banyak yang sudah siap,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan peruntukan sehingga RM1 juta bagi pemberian vaksin influenza A percuma kepada pelajar di Hulu Langat, Gombak, Klang, dan Petaling. – UTUSAN









