PETALING JAYA: UMNO dan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh berganding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengetuai gabungan berkenaan dilihat bergantung sepenuhnya kepada sumbangan UMNO. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa, sekiranya calon Bersatu terpilih sebagai wakil rakyat, mereka masih bergantung kepada UMNO untuk menjalankan khidmat masyarakat. Justeru, beliau tetap dengan pendirian UMNO tidak memberi laluan kepada Bersatu…










