Ancaman Israel lebih besar berbanding Iran di Asia Barat - Utusan Malaysia

Ancaman Israel lebih besar berbanding Iran di Asia Barat

KEPULAN asap kelihatan selepas tentera Israel melancarkan serangan udara di tengah Gaza kelmarin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Persatuan debat berprestij dunia, Oxford Union mengundi dengan majoriti besar menyokong usul Israel merupakan ancaman lebih besar terhadap kestabilan serantau berbanding Iran, selepas sesi perbahasan hangat melibatkan bekas Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, dan Pengarah NGO berpusat di Geneva, UN Watch, Hillel Neuer.

Perbahasan itu memfokuskan usul Israel lebih mengancam kestabilan Asia Barat berbanding Iran. Laporan The Telegraph minggu ini menyatakan majoriti besar ahli persatuan menyokong cadangan berkenaan.

Shtayyeh berhujah tindakan Israel merupakan punca utama ketidakstabilan di rantau itu dengan menyifatkan negara itu sebagai “penjajah yang memperluas wilayah dan ditubuhkan oleh kuasa penjajah.”

Beliau menegaskan Israel bertindak di luar undang-undang dan melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bekas perdana menteri Palestin itu menambah Israel menguatkuasakan “rejim kolonial berasaskan apartheid terhadap rakyat Palestin” dan menyeret rantau ini ke dalam konflik berulang.

Beliau turut memetik kenyataan beberapa pegawai Israel yang mahu sempadan negara itu meluas “dari Sungai Nil hingga Sungai Euphrates.”

“Pendudukan kejam, jenayah dan genosid… Israel adalah punca terbesar ketidakstabilan di rantau ini,” katanya.

Persatuan debat bersejarah itu, ditubuhkan pada 1823, semakin menjadi perhatian umum dalam perbahasan berkaitan Israel. Tahun lepas, ia meluluskan satu lagi usul menuduh Israel sebagai “sebuah negara apartheid yang bertanggungjawab melakukan genosid,” dengan 278 undi menyokong berbanding 59 menolak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN