Lagi Kompleks Penjara, Kuarters dikenakan PKPD - Utusan Malaysia

Lagi Kompleks Penjara, Kuarters dikenakan PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perintah Kawalan Pergerakan DIperketatkan (PKPD) bakal dilaksanakan di seluruh Kompleks Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan di Pahang bermula esok.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu susulan berlaku peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang secara mendadak dalam kalangan tahanan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan, kerajaan setuju melaksanakan PKPD di lokaliti ini mulai 25 Januari hingga 8 Februari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sehingga kini sebanyak 615 kes positif direkodkan dalam masa singkat melibatkan sejumlah 574 tahanan selain 34 kakitangan penjara dan lima ahli keluarga mereka sendiri.

Tegasnya, pelaksanaan PKPD itu bagi memudahkan saringan secara bersasar ke atas semua banduan dan petugas serta kontak rapat bagi memastikan tiada jangkitan dalam komuniti.

Prosedur operasi standard (SOP) di penjara ini sama seperti di lokaliti lain termasuk tiada pergerakan keluar masuk dan lawatan ahli anggota keluarga tahanan yang tidak dibenarkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 6,894 pekerja warga asing menjalani saringan dan daripada jumlah berkenaan, hanya 154 individu disahkan positif pandemik Covid-19.

“Secara kumulatif, sejak 1 Disember lalu, sejumlah 205,316 pekerja asing sudah melakukan ujian wajib kelolaan Kementerian Sumber Manusia itu melibatkan 7,852 majikan,” katanya.

Daripada keseluruhan jumlah itu katanya, sebanyak 4,096 pekerja asing yang didapati positif pandemik tersebut manakala 854 buah klinik terlibat dalam program saringan berkenaan.

Ia selari arahan kerajaan untuk semua pekerja asing di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sabah, Kuala Lumpur dan Labuan dengan kos ujian ditanggung majikan terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya