Jom eksport ke UK! - Utusan Malaysia

Jom eksport ke UK!

E-marketplace merupakan platform terbaik bagi usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meneroka pasaran global.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak keterlaluan untuk saya katakan, pasaran domestik hari ini telah tepu. Kita mempunyai lambakan produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selain kelahiran peniaga-peniaga baharu ibarat cendawan tumbuh selepas hujan akibat hilang pekerjaan. Namun, rakyat kita sendiri tidak mampu untuk berbelanja bagi menyokong golongan ini.

Memandangkan pintu sempadan masih ditutup bagi sebarang aktiviti perdagangan, e-marketplace merupakan platform terbaik bagi usahawan meneroka pasaran global.

Pasaran eksport ke Eropah merupakan antara solusi terbaik semasa ketidaktentuan perdagangan global ini. Ramai tidak tahu, masyarakat Islam di sana bergelut untuk mendapatkan barangan halal. Malaysia mempunyai kelebihan yang amat besar di mana sijil halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diperakui di seluruh dunia.

BATIK

Antara platform dalam talian yang membantu PKS mengeksport produk halal ke Eropah adalah Halal Street UK. Sudah ada usahawan kita yang berjaya memasarkan produk ke sana terutama United Kingdom (UK) menerusi platform ini. Permintaan pelanggan di sana tidak terhad kepada makanan dan minuman (F&B) sahaja. Antara sektor halal lain turut mendapat permintaan tinggi di UK adalah fesyen, kosmetik, farmaseutikal dan pendidikan Islam. Contohnya, pewarna rambut mesra wuduk dan pelitup muka batik antara yang menjadi kegilaan di sana.

Baru-baru ini, beberapa usahawan PKS mendapat tempahan daripada kerabat diraja negara jiran yang menetap di UK. Ini merupakan motivasi buat kita bangkit selain anjakan paradigma untuk terus melangkah ke hadapan.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini sekali lagi dilaksanakan bagi melandaikan lengkung kes Covid-19 dan kita sedang menuju ke arah kemelesetan ekonomi global. Usahawan perlu mengubah mentaliti mereka menjadi lebih inovatif dan proaktif. Kunci kejayaan terletak di tangan mereka sendiri dalam merebut sebanyak peluang tersedia dan meneroka pasaran baharu.

Kami di Halal Street UK sedar dan peka dengan kepayahan dihadapi usahawan PKS. Azam dan iltizam kami bagi 2021 adalah membantu lebih ramai usahawan dengan menyediakan saluran eksport ke UK. Diharapkan tahun ini lebih baik buat kita semua.

Ke garisan, sedia, jom eksport ke UK!

PENULIS ialah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halal Street UK Ltd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN