Guru boleh ikut cara ini... - Utusan Malaysia

Guru boleh ikut cara ini…

MOHAMMAD Syawal Muhammad Saifudin (dua dari kanan) memberi tunjuk ajar kepada adik-adiknya (dari kiri) Mohammad Adam , Siti Nurdiana dan Mohammad Putra Ilham belajar secara dalam talian sambil memakai seragam sekolah ketika mengikuti PdPR di Kampung Sepakat Jaya, Skudai, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pensyarah memberikan cadangan kepada guru-guru kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memudahkan ibu bapa dan pelajar melalui sesi pembelajaran itu.

Dalam satu hantaran yang tular di Facebook, pensyarah berkenaan menggariskan beberapa cara yang boleh diikuti para guru selepas dia membaca luahan ibu bapa yang ‘pening’ untuk mengikuti PdPR.

“Jadi akak menyeru guru-guru gunakanlah baki cuti yang ada untuk merekod video muka sendiri mengajar. Kata belajar dari rumah, belajar secara online, cikgunya tak mengajar apa-apa pun.

“Tak habis-habis suruh klik link untuk jawab soalan kuiz, main game education sana sini, bagi latihan, suruh hantar semula atau pun bagi link suruh tengok video entah cikgu mana-mana. Jadi mana proses P&P (pengajaran dan pembelajaran ) cikgu-cikgu sekalian?,” tulisnya.

Justeru, katanya, sebagai perkongsian ilmu, guru-guru boleh mencontohi kaedah sebagaimana yang diaplikasikan di peringkat universiti dalam bentuk yang mudah.

Antara cadangan itu ialah:

* Membangunkan bahan pengajaran dalam buku teks ke dalam bentuk power point untuk dijadikan nota ringkas mudah untuk difahami.

* Jika durasi video agak panjang sehingga 2 jam, maka pecahkan kepada beberapa bahagian (10 minit) supaya mudah pelajar memuat turun.

* Guru merakam muka dan suara sendiri untuk mengajar anak murid mereka, bukan berkongsi pautan video pengajaran cikgu lain.

* Rakaman video penting bagi membolehkan pelajar boleh ulang berkali-kali jika tak faham, boleh ulang tengok semula tanpa guna data internet.

* Nota pengajaran boleh dicetak awal sebelum menonton video rakaman pengajaran guru.

* Pelajar yang tidak ada akses internet (kawasan pedalaman) juga tidak tercicir kerana boleh muat turun sekali sahaja (ketika keluar ke pekan) dan belajar kemudian.

* Kaedah lain boleh buat secara manual. Ibu bapa ambil bahan di sekolah kemudian hantar semula ke sekolah minggu berikutnya. (tanpa perlu akses internet). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN