17 MPV kejar pengedar dadah sejauh 60km - Utusan Malaysia

17 MPV kejar pengedar dadah sejauh 60km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang disyaki mengedar dadah dicekup polis ketika cuba melarikan diri setelah dikejar 17 buah kereta peronda polis (MPV) di Kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat sini, semalam.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan pada pukul 8 malam di susur keluar Simpang Renggam, Kluang.

Katanya, suspek yang memandu Toyota Altis berwarna putih itu ditahan selepas melarikan diri sejauh kira-kira 60 kilometer dari lokasi dia dikesan polis di Jalan Lembing, Taman Sri Tebrau, di sini.

Jelasnya, sebelum kejadian mengejar itu berlaku, sepasukan anggota MPV JBS mengesan kenderaan yang dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan tugas ronda cegah jenayah dan kawalan pergerakan Covid-19.

“Anggota polis mengarahkan suspek memberhentikan kereta dipandunya namun suspek bertindak memecut laju kenderaan ke arah Jalan Kasa dan memasuki Lebuh Raya Penyebaran Timur (EDL).

“Pada masa yang sama, anggota MPV JBS meminta bantuan sebelum 17 MPV Polis dari lima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta dari Peronda Lebuhraya digerakkan bagi menjejaki suspek yang melarikan diri.

“Suspek ditahan di Kilometer 58, berhampiran susur keluar Plaza Tol Simpang Renggam, Kluang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Padzli berkata, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu, polis menemukan sejumlah dadah disyaki jenis syabu dan ekstasi bernilai kira-kira RM50,000.

Katanya, hasil semakan mendapati kenderaan yang digunakan suspek merupakan kenderaan yang telah didaftarkan atas nama syarikat kereta sewa.

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyal beberapa rekod jenayah dan kes dadah.

“Suspek ditahan reman tujuh hari bermula pada tarikh hari ini hingga 2 Februari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes juga disiasat dibawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya