Yayasan Sime Darby rai pencapaian - Utusan Malaysia

Yayasan Sime Darby rai pencapaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tahun ini merupakan tahun yang istimewa bagi pasukan operasi Yayasan Sime Darby (YSD) kerana dapat meraikan ulang tahun ke-10 mereka.

Acara bersejarah tersebut, yang bertemakan “Sedekad Pencapaian Penuh Makna”, dimulakan dengan pelancaran laporan tahunan YSD yang menonjolkan usaha
mereka dalam menambah baik kehidupan dan memupuk nilai-nilai lestari, menyerlahkan pelbagai pencapaian yang telah mereka capai sepanjang sedekad yang lepas melalui pelbagai
inisiatif yang merentasi kesemua lima tonggak mereka – Pendidikan, Alam Sekitar, Komuniti; Kesihatan, Sukan, serta Seni & Budaya. Sejak sepuluh tahun yang lalu, yayasan tersebut telah
meluaskan sayapnya daripada menawarkan biasiswa kepada individu yang cemerlang dan layak, kepada pembiayaan usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan yang berkesan,
selain daripada pelbagai program-program jangkauan dan pembangunan.

Pengerusi YSD Tunku Tan Sri Imran Ibni Almarhum Tuanku Ja'afar berkata, semua pencapaian ini tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan dan sumbangan berterusan
daripada syarikat-syarikat Sime Darby iaitu Sime Darby Berhad, Sime Darby Plantation Berhad dan Sime Darby Property Berhad.

“Sumbangan mereka telah membolehkan kami menjalankan pelbagai projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan harapan para penerima manfaat kami dapat menikmati hidup yang lebih bermakna selain mendapat manfaat yang berpanjangan.

“Seiring dengan slogan, kami berharap untuk terus membantu mereka yang memerlukan dan menjadi pencetus dalam perubahan dunia ke arah yang lebih baik, satu usaha pada satu masa,” katanya.

Pendidikan

Di bawah tonggak Pendidikan, YSD telah terlibat dalam banyak usaha bagi membawa perubahan dalam hidup para belia. Sejak penubuhannya dalam tahun 1982, YSD telah menganugerahkan sebanyak 4,460 biasiswa bernilai RM289.9 juta kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dan layak dari dalam dan luar negara, melalui tiga kategori penajaan pendidikan; Kecemerlangan, Pengayaan Kemahiran, dan Kurang Bernasib Baik.

Selama hampir 40 tahun, YSD telah melahirkan ramai individu berbakat yang kini menjadi pemimpin industri. Contohnya Professor Datin Paduka Dr. Soo Teo Hwang, penerima biasiswa
YSD pada tahun 1998 yang berkelulusan dari Universiti Cambridge, juga telah dianugerahkan pencapaian ‘Order of the British Empire’ (OBE).

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Saintifik bagi pusat Penyelididkan Kanser Malaysia (CRM), salah satu rakan projek YSD yang telah menjalankan pelbagai kajian bagi menyelamatkan nyawa dan memacu perjuangan dalam mengawal kanser di Asia.

Baru-baru ini, YSD juga telah mula menawarkan dermasiswa kepada individu kelainan upaya, selain daripada pelajar-pelajar universiti kelompok B40 dan pelajar-pelajar Kemahiran dan Pendidikan Vokasional (TVET), dalam usaha menyediakan peluang pendidikan yang setara dan menghasilkan kelompok bakat muda yang pelbagai untuk negara pada masa hadapan.

Bagi merapatkan lagi jurang pendidikan, YSD juga berusaha untuk menyediakan akses kepada pendidikan penting untuk kanak-kanak dan remaja terpinggir. Usaha ini melibatkan kanak-kanak dan remaja di bawah Yayasan Chow Kit, kanak-kanak autisme di IDEAS Autism Centre, serta pelajar kurang bernasib baik di bawah program Pra-Pendidikan Tinggi Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Alam Sekitar

Di bawah tonggak Alam Sekitarnya, YSD telah menyokong usaha-usaha pemuliharaan untuk 10 spesis haiwan terancam, dengan kerjasama bersama lebih daripada 30 rakan projek sepanjang dekad yang lalu.

Selain itu, YSD juga telah menanam lebih 1.5 juta pokok di seluruh Malaysia bersama rakan-rakan kongsi mereka, seterusnya menjadikan usaha penghutanan semula di Semenanjung serta habitat orang utan di Sabah satu kejayaan.

Hal ini juga berjaya membantu meningkatkan nilai biodiversiti dalam hutan serta landskap kelapa sawit, bagi mencipta koridor hidupan liar serta habitat yang penting buat hidupan liar di Malaysia.

YSD juga terlibat dalam usaha pemuliharaan kawasan-kawasan riparian yang kritikal, contohnya kawasan Sungai Kinabatangan serta kawasan hutan gambut seperti Hutan Simpan Raja Musa.

Selain daripada menyumbang kepada penambahbaikan pelan tindakan negeri dan amalan baik industri melalui sokongannya kepada para penyelidik tempatan, inisiatif-inisiatif pemuliharaan
alam sekitar YSD juga turut mencipta sumber pendapatan, pembinaan kapasiti serta peluang pekerjaan untuk masyarakat setempat di sekitar tapak-tapak projek – seterusnya memupuk rasa
pemilikan terhadap kemapanan projek-projek tersebut.

Selain itu, YSD juga komited dalam memperkasakan masyarakat bagi memulakan amalan-amalan gaya hidup lestari, melalui sokongan terhadap inisiatif seruan tindakan serta kempen-kempen kesedaran yang dianjurkan oleh rakan kongsi mereka.

Menjaga Komuniti dan Kesihatan

Di bawah tonggak Komuniti & Kesihatan, YSD telah banyak membantu menambah baik kehidupan masyarakat yang kurang bernasib baik sepanjang dekad yang lalu melalui program-program seperti YSD Huluran Kasih, Bantuan Bencana dan Sinar Harapan, selain daripada inisiatif bersama CRM, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Insititut Diabetes Kebangsaan, Women’s Aid Organisation dan Majlis AIDS Malaysia.

Usaha-usaha ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup golongan yang terpinggir, termasuklah para wanita yang rentan, orang kelainan upaya, kanak-kanak dan bayi dalam risiko, warga emas, golongan miskin bandar serta golongan luar bandar.

Melalui pelbagai kerjasama, YSD juga turut menyokong \kajian perubatan, jangkauan dan sokongan, mobilisasi barisan hadapan, serta perubatan untuk pesakit yang kurang bernasib baik.

Semua kerjasama jangka masa panjang ini serta jaringan masyarakat yang kukuh telah membolehkan YSD menjangkau dan membantu golongan yang terdedah kepada risiko melalui pelbagai usaha kemanusiaan bersama para rakan kongsi mereka, termasuklah dalam inisiatif bantuan kecemasan COVID-19 baru-baru ini.

Memperkasa Atlet Tempatan

Di bawah tonggak Sukan pula, YSD telah berkembang daripada hanya menumpukan sokongan untuk beberapa projek sukan kepada menyokong program-program pembangunan sukan dari
akar umbi yang menyediakan lebih banyak peluang kepada para olahragawan dan olahragawati muda negara.

Salah satu daripada inisiatif YSD yang paling berkesan merupakan pendedahan, latihan dan pendidikan pertandingan pembiayaan untuk atlet berbasikal negara Azizulhasni Awang yang telah berjaya meraih pingat gangsa pertama Malaysia dalam Kejohanan Olimpik Rio 2016.

Berazam untuk mengenal pasti lebih ramai wanita yang cemerlang bagi memberikan mereka peluang bertanding dalam peringkat negeri dan kebangsaan, YSD juga menyokong usaha pembangunan atlet wanita, terutamanya dalam sukan berbasikal trek, bola sepak, ragbi dan kriket.

Meraikan Seni dan Budaya Tempatan Serta Memelihara Warisan Malaysia

Di bawah tonggak Seni Budaya, YSD komited dalam memperkasakan industri seni di Malaysia, dengan tumpuan kepada warisan tempatan negara. YSD telah menyambungkan lebih 1.3 juta penonton dengan seni melalui pelbagai festival seperti Festival Seni Yayasan Sime Darby (YSDAF) yang diadakan sekali setiap dua tahun dan merupakan festival seni percuma untuk semua yang terbesar di Malaysia, dianjurkan dengan kerjasama Kuala Lumpur Performing Arts Centre (klpac).

Selain itu, YSD juga telah bekerjasama dengan ASK Dance Company sebagai inkubator untuk bakat-bakat tempatan dalam seni tarian dan untuk pembinaan kapasiti untuk para seniman baharu, serta menyumbangkan dana untuk The Royal Press di Melaka, sebuah muzium yang mempamerkan seni percetakan surat khabar dalam pelbagai bahasa.

Terkini, melalui kerjasama tiga penjuru dengan British Council Malaysia dan Universiti Malaya, YSD telah melancarkan program dan pelantar Hubs for Good bagi menambahbaik peranan positif yang dimainkan oleh hub-hub kreatif sebagai pencetus dalam transformasi masyarakat dan bandar-bandar di Malaysia.

Usaha-usaha YSD dalam sektor seni juga telah diiktiraf dengan dua anugerah kebangsaan yang diterima, iaitu anugerah The Distinguished Patron of the Arts pada tahun 2012 dan Anugerah Tokoh Seni Korporat bersempena dengan Royal Gala Awards pada tahun 2014.

Laporan Tahunan YSD 2020 yang bertemakan “Sedekad Pencapaian Penuh Makna’ juga menerangkan bagaimana YSD memastikan kesemua lima tonggaknya, serta strategi dan projek yang disokong selari dengan 17 Matlamat Pembangunan Lestari seperti yang digariskan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), supaya matlamat global tersebut dapat dicapai menjelang tahun 2030.

Pasukan operasi YSD juga meraikan ulangtahun ke-10 mereka dengan perkongsian pelbagai mesej menyentuh hati daripada para benefisiari dan rakan projek mereka
di semua platform media sosial YSD selama sebulan.

“Sudah lebih sedekad semenjak saya menyertai YSD sebagai salah seorang daripada ahli terasnya. Ketika itu hanya ada beberapa orang sahaja bersama saya. Kami ditugaskan untuk mengembangkan lagi lima tonggak YSD yang baru dilancarkan, untuk menjadi sebuah yayasan yang seperti yang dibayangkan oleh Majlis YSD. Kami telah bersatu teguh sebagai sebuah
pasukan dan saya bangga mengatakan bahawa azam kami untuk memberi kesan kepada masyarakat tidak pernah pudar.

“Sedekad telah berlalu dan kami kini merupakan sebuah pasukan yang berdedikasi dengan 30 orang ahli pasukan, sedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran yang akan datang, di samping mempertahankan visi kami dalam menghasilkan impak yang penuh bermakna dalam masyarakat dan membawa perubahan di dalam hidup mereka,” kata Ketua Pegawai Operasi YSD, Dr. Yatela Zainal Abidin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya