Warganegara Bangladesh beri suapan, didenda RM10,000 - Utusan Malaysia

Warganegara Bangladesh beri suapan, didenda RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warganegara Bangladesh didenda RM10,000 oleh Mahkamah
Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan memberi suapan kepada pegawai Imigresen untuk melepaskan rakan senegaranya tanpa tindakan undang-undang.

Ahmmed Md. Rana, 37, yang ditahan dalam Op Selat mengaku memberikan suatu suapan berjumlah RM8,500 kepada seorang pegawai Imigresen di Unit Kawalan Pintu Masuk Udara di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Wang suapan itu sebagai upah melepaskan lapan warganegara Bangladesh pulang ke negara asal tanpa diambil tindakan undang-undang bagi kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran di Presint 8, Putrajaya dekat sini di antara pukul 6.10 petang hingga 6.15 petang pada 16 November lalu.

Rakyat Bangladesah itu didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Azura Alwi ketika menjatuhkan hukuman terhadap Ahmmed menasihatkah lelaki itu agar
mengubah dirinya dan menghormati undang-undang negara ini.

Mahkamah berkata dia sudah lama menetap di sini dengan mencari rezeki dan menasihatkannya supaya tidak melakukan kesalahan serupa pada masa akan datang.

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat memohon mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pengajaran terhadap tertuduh kerana kes yang dilakukan serius.

Pendakwa berhujah, kesalahan itu dilakukan oleh rakyat asing melibatkan jenayah persempadanan menunjukkan dia memperjudikan keselamatan negara selain mencerminkan sikapnya yang tidak menghormati undang-undang walaupun telah tinggal lama di negara ini.

Bapa kepada dua orang anak itu ketika mengemukakan rayuan berjanji tidak akan mengulangi
perbuatannya dan memberi jaminan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui rakan-rakan senegara melakukan kesalahan tersebut. – UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.