Selepas 300km memandu, suami baru sedar isteri tertinggal

Selepas 300km memandu, suami baru sedar isteri tertinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Seorang lelaki berusia 62 tahun di Perancis mencetuskan amaran kecemasan selepas menghubungi polis untuk melaporkan dia tertinggal isterinya di sebuah stesen minyak lebuh raya, malah tidak dapat mengingati di stesen mana satu.

Pada 5 Julai lalu, lelaki berkenaan memulakan perjalanan percutian ke Maghribi bersama isteri dan anak perempuan mereka menaiki kereta dari Paris.

Mereka kemudiannya berhenti di beberapa stesen minyak sepanjang perjalanan, namun semasa berhenti di satu daripada perhentian itu, berlaku kejadian luar biasa menyaksikan dia tertinggal isterinya.

Lelaki itu hanya menyedari isterinya tiada di dalam kereta selepas bergerak sejauh 300 kilometer dan segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Ketika membuat panggilan, lelaki itu tidak dapat menerangkan dengan jelas di mana dia tertinggal isterinya, sekali gus menyukarkan polis untuk melakukan operasi mencari.

“Kami menerima panggilan yang agak mengelirukan sekitar pukul 8:30 pagi pada hari kejadian.

“Lelaki warga emas itu tidak dapat memberitahu dengan jelas di mana lokasi sebenar dia tertinggal isterinya dan hanya menyedari wanita itu tiada selepas menempuh perjalanan sejauh 300 kilometer.

“Dia ada beritahu berhenti berehat berhampiran Orleans dan kami segera mengerahkan anggota ke kawasan berkenaan,” kata polis di wilayah Lardes kepada France 3.

Anak perempuan pasangan itu yang berusia 22 tahun berada di dalam kereta sepanjang masa, tetapi tidak dapat membantu polis kerana dia tidur nyenyak dan langsung tidak menyedari ibunya tertinggal.

Walaupun pihak polis sudahmemeriksa beberapa kawasan rehat di sepanjang lebuh raya, mereka tidak menemui wanita tersebut, menyebabkan keadaan semakin tegang sehingga timbul keraguan lelaki itu mungkin sengaja meninggalkan isterinya.

Polis akhirnya menemukan wanita itu dengan bantuan syarikat rangkaian mudah alih yang mengesan lokasi telefonnya.

Wanita itu ditemukan di stesen perkhidmatan lebuh raya di Deux-Sèvres, sejauh 300 kilometer dari tempat suaminya menyedari kehilangannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×