Top Glove didakwa langgar akta perumahan pekerja - Utusan Malaysia

Top Glove didakwa langgar akta perumahan pekerja

Asri Ab. Rahman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) akan mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat pengeluar sarung tangan Top Glove dan beberapa syarikat lain membabitkan penyediaan perumahan kepada pekerja masing-masing.

Syarikat berkenaan didapati melanggar Akta Standard Minima Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Ketua Pengarah JTKSM, Asri Ab. Rahman berkata, syarikat terbabit berdepan 63 pertuduhan daripada 21 kertas siasatan yang dibuka sejak akta itu dikuatkuasakan September lalu bagi menyiasat ketidakpatuhan meliputi pelbagai subsektor ekonomi.

Beliau berkata, sebanyak 19 kertas siasatan dibuka membabitkan enam kumpulan syarikat Top Glove dan pihaknya akan mengambil tindakan lanjut merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Selain tindakan mahkamah, denda dan kompaun juga akan dikenakan terhadap majikan yang ingkar

“Kita sudah pergi ke semua kilang membabitkan kluster (penularan wabak Covid-19) di Top Glove dan lihat penginapan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Asri berkata, operasi penguatkuasaan dilakukan terhadap syarikat Top Glove, membabitkan lima negeri iaitu Perak, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Johor. 

Ia susulan penularan wabak Covid-19 dalam Kluster Teratai yang dikesan pada 7 November lalu di sebuah kilang milik Top Glove di Meru, Klang.

Menurutnya, operasi pada 26 November lalu yang membabitkan enam kumpulan syarikat Top Glove mendapati majikan tidak mematuhi Akta 446 dengan kesalahan utama kegagalan memohon Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja mengikut Seksyen 24D akta berbabit.

Kegagalan itu membawa kepada kesalahan lain termasuk keadaan penginapan dan asrama yang padat, tidak selesa dan tiada pengudaraan yang sesuai selain bangunan yang digunakan sebagai penginapan turut tidak mematuhi undang-undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya