SRC International: 307 alasan kenapa Najib tak patut didapati bersalah

SRC International: 307 alasan kenapa Najib tak patut didapati bersalah

Najib Mahkamah
NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi 307 alasan kenapa beliau tidak patut didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd. (SRC International) berjumlah RM42 juta.

Alasan-alasan tersebut terkandung dalam petisyen rayuannya yang difailkan di Mahkamah Rayuan pada 19 Oktober lalu.

Antara alasan yang dikemukakan Ahli Parlimen Pekan itu ialah Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali terkhilaf apabila gagal memahami nilai keterangan dan gagal menyedari antara fakta yang dibuktikan dan sebaliknya, inferens yang perlu dibuat dan cadangan serta dakwaan yang tiada bukti.

“Hakim juga telah membuat penemuan ke atas elemen-elemen kesemua pertuduhan menggunakan logik akal sendiri yang bertentangan dengan keterangan lisan dan dokumen,” katanya Najib selaku perayu dalam petisyen itu.

Najib turut mendakwa Hakim Mohd. Nazlan terkhilaf apabila gagal memberi pertimbangan bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low adalah dalang sebenar dan pembelaan perayu bagi kesemua pertuduhan

Pada 28 Julai lalu, Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan Najib atas tujuh pertuduhan membabitkan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. Beliau kemudian dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Beliau kini berada dalam jaminan RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu keputusan rayuannya yang difailkan pada 30 Julai lalu.

Rayuan Najib berhubung sabitan salah dan hukuman tersebut ditetapkan untuk pendengaran selama 12 hari bermula bermula 15 hingga 18 Februari, 22 hingga 25 Februari dan 1 hingga 4 Mac 2021.

Selain itu, Hakim Mohd. Nazlan terkhilaf apabila menyatakan Najib sengaja membutakan matanya (willful blindness) apabila tidak mengumumkan kepentingannya dalam syarikat SRC International walaupun menyedari tindakan itu salah.

“Hakim yang bijaksana terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa pembelaan perayu mengenai sumbangan King Abdullah berdasarkan surat-surat yang diterimanya adalah satu cerita yang dibuat-buat dan untuk kepentingan diri sendiri (self-serving),” ujarnya.

Hakim Mohd. Nazlan juga dikatakan terkhilaf apabila membuat dapatan bahawa kelakuan perayu sebelum dan selepas pengeluaran jaminan kerajaan RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) ke dalam akaun SRC International menyokong kes pendakwaan.

“Hakim juga terkhilaf apabila membuat inferens bahawa tindakan Najib menghalang Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk memeriksa akaun SRC International di Switzerland menunjukkan kepentingannya.

“Hakim juga terkhilaf apabila membuat dapatan kelemahan dalam melaporkan status SRC International kepada Bahagian Menteri Kewangan Diperbadankan (BMKD) mempunyai kaitan dengan Najib hanya berdasarkan keterangan saksi (Timbalan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik, Kementerian Kewangan, Afidah Azwa Abdul Aziz) yang menyatakan SRC International adalah ‘syarikat PM’,” katanya.

Hakim Mohd. Nazlan juga didakwa terkhilaf dari segi fakta apabila memutuskan bahawa elemen Seksyen 409 Kanun Keseksaan (pecah amanah) telah dibuktikan sedangkan jumlah pengeluaran sebenar daripada akaun SRC Internatioanl ialah RM40 juta dan bukannya RM42 juta sebagaimana yang dinyatakan dalam kertas-kertas pertuduhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya