Senarai rasmi penerima Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

Senarai rasmi penerima Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 161 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berlangsung di Istana Negara hari ini.

Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan itu disempurnakan oleh Sultan Ibrahim. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Berikut ialah senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026:

DARJAH SERI SETIA MAHKOTA (SSM)
(Membawa gelaran Tun)

1. Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh

DARJAH BAKTI (DB)

1. Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd. Azizulhasni Awang

DARJAH PANGLIMA MANGKU NEGARA (PMN)
(Membawa gelaran Tan Sri)

1. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman
2. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd. Khalid Ismail
3. Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn. Bhd., Tan Sri Dr. Daing Abdul Malek Daing Abdul Rahaman

DARJAH PANGLIMA SETIA MAHKOTA (PSM)
(Membawa gelaran Tan Sri)

1. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican
2. Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Amran Mohamed Zin
3. Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md. Othman
4. Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Muhamad Norazlan Aris
5. Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor, Tan Sri Avinderjit Singh Harjit Singh

DARJAH PANGLIMA JASA NEGARA (PJN)
(Membawa gelaran Datuk)

1. Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Leonard David Shim
2. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Aminuddin Hassim
3. Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Hairil Yahri Yaacob
4. Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman
5. Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Russia, Datuk Cheong Loon Lai
6. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr. Hazami Jahari
7. Aktivis masyarakat dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita, Datuk Rugayah Abdul Majid
8. Pengerusi MRANTI Corporation Sdn. Bhd., Datuk Prof. Dr. Rofina Yasmin Othman
9. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia, Datuk Amar Huzaimi Md. Deris
10. Pengarah Eksekutif Country Garden Pacificview Sdn. Bhd., Datuk Teo Chee Yow

DARJAH PANGLIMA SETIA DIRAJA (PSD)
(Membawa gelaran Datuk)

1. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan, Datuk Yubazlan Yusof
2. Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Jaba Mohd. Noah
3. Juruiring Tentera Udara Yang di-Pertuan Agong, Brigedier Jeneral Datuk Amrul Yacob

DARJAH JOHAN MANGKU NEGARA (JMN)

1. Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Mohd. Sakeri Abdul Kadir
2. Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial Hospital Kuala Lumpur, Dr. Kok Tuck Choon
3. Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan, Mazlan Abd. Mutalib
4. Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pelaburan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Jaya Singam A. Rajoo
5. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Governan dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Nik Kamaruzaman Nik Husin
6. Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan, Alias Mohamed
7. Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Zulkifli Hashim
8. Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara, Nik Zalbiha Nik Mat
9. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan, Omar Salleh
10. Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan, Aniza Kamarulzaman
11. Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahrudin Mamat
12. Ketua Jabatan dan Perunding Pakar Pediatrik, Hospital Selayang, Dr. Tang Swee Ping

DARJAH JOHAN SETIA MAHKOTA (JSM)

1. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Nooraini Kamaruddin
2. Setiausaha Bahagian Business Licensing Electronic Support System (BLESS), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noor Lunar Md. Salleh
3. Setiausaha Bahagian Teknologi Komunikasi, Kementerian Komunikasi, Nik Yusaimi Yussof
4. Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan, Rohayati Ramli
5. Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa (Operasi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Shamsul Nizam Khalil
6. Pakar Perunding Radiologi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Dr. Laili Suriani Ab. Latip
7. Pakar Perunding Perubatan Ortopedik, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Dr. Kamalruzaman Mohd. Ali
8. Ketua Sekretariat Induk Logistik ASEAN (SILA 2025), Kementerian Luar, Raja Saifful Ridzuwan Raja Kamaruddin
9. Ketua Inspektor Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan, Brigedier Jeneral Tan Chee Kee
10. Pesuruhjaya Kanan Polis Penyelidikan dan Pembangunan, Bukit Aman, SAC Abdul Rahman Kassim
11. Bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Shanmugam Thiagarajan
12. Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Johor, Puan Sri Dr. Noor Azizah Abdul Latiff

DARJAH JOHAN SETIA DIRAJA (JSD)

1. Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar, Datin Paduka Anizan Adnin
2. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan, Kementerian Luar, Datuk Shariffah Norhana Syed Mustaffa

BINTANG KESATRIA MANGKU NEGARA (KMN)

Seramai 17 individu menerima KMN termasuk atlet badminton negara Goh Liu Ying, Pearly Tan Koong Le, Thinaah Muralitharan serta atlet powerlifting para negara, Bonnie Bunyau Gustin.

BINTANG KESATRIA SETIA DIRAJA (KSD)

1. Juruiring Tentera kepada Sultan Johor, Kolonel Sheikh Ali Ahmad
2. Konsul Jeneral Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia-Jeddah, Kementerian Luar, Tengku Mohd. Dzaraif Raja Abdul Kadir
3. Juruiring kepada Permaisuri Johor, DSP Liyana Mohd. Toff

BINTANG AHLI MANGKU NEGARA (AMN)

32 penerima
PINGAT PANGKUAN NEGARA (PPN)

44 penerima

PINGAT BENTARA SETIA DIRAJA (BSD)

15 penerima

PINGAT JASA PERKASA PERSEKUTUAN (JPP)

Seorang penerima

Secara keseluruhan, seramai 161 individu menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN