MRM sediakan RM500,000 dana bantuan berniaga - Utusan Malaysia

MRM sediakan RM500,000 dana bantuan berniaga

MRM mempelawa mereka yang terkesan akibat Covid-19 untuk memohon inisiatif Nadi Wilayah,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur – Multiracial Reverted Muslims (MRM) hari ini mengumumkan untuk memberikan bantuan permulaan perniagaan kepada mereka yang terjejas punca pendapatan semasa pandemik Covid-19 menyerang negara. 

Bantuan itu seiring dengan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan, ‘Wilayah Bebas Berniaga’ bermula 15 November lalu.

MRM dalam kenyataannya berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan  pada Mac 2020, MRM membelanjakan hampir RM1 juta untuk memberi bantuan asas kepada mereka yang terjejas selain menyokong ‘frontliners’ di hospital, polis serta APM.

Inisiatif NadiWilayah oleh MRM akan memulakan fasa pertama ambilan satu pada 1 Disember 2020. Sejumlah RM500,000 jumlah dana bantuan diperuntukkan oleh pihak MRM melalui NadiWilayah bagi inisiatif ini.

Peserta yang terpilih menerima bantuan mula niaga juga akan menerima bantuan sara diri berbentuk barang keperluan dapur bernilai RM300 sebulan selama enam bulan.

Selain itu, peluang menjana jualan RM15,000-RM25,000 sebulan dengan anggaran pendapatan antara RM1,500 ke RM5,000 sebulan.

NadiWilayah menyasarkan untuk mewujudkan 100 usahawan dalam masa enam bulan yang akan berniaga di zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

MRM melalui NadiWilayah akan memulakan pengambilan dengan menyediakan laman web www.nadiwilayah.my untuk permohonan dalam tallan. Pemohon hanya perlu mengisi maklumat peribadi dalam laman web itu dan seterusnya menunggu keputusan jika permohonan mereka berjaya. 

Permohonan dibuka untuk semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas tanpa mengira agama dan bangsa. Tarikh tutup permohonan adalah 6 Disember ini.

Projek NadiWilayah adalah usaha MRM untuk menyahut seruan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa membantu mereka yang terkesan semasa Covid-19.

NadiWilayah adalah inisiatif MRM yang diketuai oleh Firdaus Wong Wai Hung, seorang aktivis masyarakat dan pendakwah bebas. 

Maklumat lanjut dan borang pendaftaran atas talian boleh didapati di laman web www.nadiwilayah.my

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya