Kumpulan penjenayah larikan RM260,000 daripada mesin ATM - Utusan Malaysia

Kumpulan penjenayah larikan RM260,000 daripada mesin ATM

KEDAI serbaneka yang dipecahkan kumpulan penjenayah sebelum melarikan wang tunai RM260,000 dalam kejadian di Taman Meru Indah, Klang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sekian lama insiden melarikan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) ‘menyepi’, jenayah itu kembali berulang dan terbaharu kejadian tersebut dilaporkan berlaku di sebuah kedai serbaneka di Taman Meru Indah, Klang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu, kumpulan penjenayah berkenaan melarikan wang tunai RM260,000.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 6.20 pagi dan setibanya di tempat kejadian mendapati kedai serbaneka itu dipecah masuk.

Katanya, polis mendapati mesin ATM dalam premis itu dipecahkan oleh kumpulan penjenayah terbabit.

“Hasil siasatan mendapati kegiatan dilakukan kira-kira lima individu bertopeng dan memecah masuk pintu hadapan premis tersebut.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek menggunakan gas oxy untuk memecahkan mesin ATM yang berada dalam premis tersebut.

“Malah, suspek menyembur cat hitam pada CCTV yang berada dalam premis ini bagi mengelakkan kegiatan mereka dirakam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nurulhuda, kumpulan terbabit mengambil masa kira-kira 40 minit untuk memecahkan mesin ATM tersebut dan melarikan wang RM260,000.

“Pasukan forensik dipanggil ke tempat kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya