Hujan luar biasa dalam tempoh 37 tahun - Utusan Malaysia

Hujan luar biasa dalam tempoh 37 tahun

BANJIR kilat turut berlaku di kawasan penjaja di bandar Raub, Pahang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Hujan luar biasa menjadi punca kepada banjir kilat yang berlaku buat pertama kali di bandar ini selepas lebih 30 tahun.

Berdasarkan maklumat, hujan yang direkodkan antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam semalam adalah kira-kira 280 milimeter iaitu yang tertinggi untuk satu jam dalam tempoh 40 tahun.

Difahamkan juga, hujan lebat luar biasa seperti itu berlaku lagi dalam tempoh 37 tahun.

Pegawai Daerah Raub, Datuk Mohammad Shahid Ismail berkata, kejadian banjir berkenaan pertama kali berlaku sejak 30 tahun lalu disebabkan hujan terlalu lebat.

Katanya, longkang di kawasan bandar itu tidak tersumbat atau mengalami kerosakan.

“Longkang di kawasan bandar berfungsi sepenuhnya dan air boleh lalu cuma hujan dua kali ganda lebat.

“Bagaimanapun kita telah meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) supaya melihat semula longkang sedia ada. Kalau perlu menaik taraf berdasarkan keputusan JPS kita akan mohon peruntukan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shahid, kejadian berkenaan tidak menyebabkan pemindahan mangsa dan tidak menyebabkan kerosakan harta benda.

Beliau memberitahu, longkang tidak dapat menampung jumlah air terlalu banyak akibat hujan lebat di tambah jarak aliran ke Sungai Sempalit agak jauh. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya