Berlaku adil kepada rakyat, beri khidmat tanpa mengira apa ideologi mereka - Dr. Joachim - Utusan Malaysia

Berlaku adil kepada rakyat, beri khidmat tanpa mengira apa ideologi mereka – Dr. Joachim

DR. JOACHIM Gunsalam ketika berucap pada program ramah mesra dan dialog lantikan politik  dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang di Ranau.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU: Para pemimpin perlu berlaku adil kepada rakyat dengan memberikan khidmat kepada akar umbi tanpa memilih apa ideologi mereka.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, ini bagi memastikan setiap kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan dapat dinikmati semua peringkat masyarakat tanpa ada yang terpinggir.

Katanya, pemimpin akar umbi seperti Ketua Kampung, Pemaju Mukim, Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JPKK) dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) perlu adil dan saksama bagi menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Dr. Joachim merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian menyatakan, bantuan-bantuan kerajaan yang disalurkan kepada rakyat seperti E-Kasih perlu di salurkan secara adil kepada penerima. Senarai penerima E-kasih akan disemak semula oleh pejabat daerah.

“Sikap pilih kasih perlu diketepikan agar tiada lagi persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan semasa yang memerintah.

“Namun demikian, pemimpin akar umbi perlu bijak menilai status penerima. Biar mereka yang benar-benar layak disenaraikan sebagai bakal penerima, bukannya seorang mampu tetapi ada kaitan dengan pemimpin kawasan, nama dimasukkan sebagai penerima, itu tidak wajar,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra dan dialog lantikan politik  di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang turut menjelaskan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah akan terus menganjurkan kursus-kursus kepimpinan akan diadakan bagi memperkasakan kepimpinan di peringkat akar umbi memantapkan fungsi dan tanggungjawab para pemimpin masyarakat bermula awal tahun hadapan.

Katanya, bagi ketua-ketua kampung kursus kepimpinan akan diadakan.

Dengan adanya kursus seumpama itu, beliau berharap semua pemimpin terus mengambil peluang untuk memantapkan pentadbiran kawasan.

Dr. Joachim juga menyeru agar pemimpin-pemimpin lantikan politik mewujudkan satu Gabungan Jawatankuasa Kepimpinan dimukim Kundasang seperti yang pernah dilaksanakan satu ketika dulu.

Katanaym Ini bertujuan untuk membincang perkara atau isu-isu yang dihadapi bersama seperti masalah ketiadaan tapak bagi balai polis, bomba, Fama dan lain lain.

“Jawatankuasa ini melibatkan wakil komponen parti yang sehaluan iaitu wakil daripada ahli Parlimen, Ahli Majlis Daerah, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat( (UPPM), gabungan Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kampung,” katanya.

Sehingga kini terdapat lapan mukim di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya