Penawar lompat parti - Mohd. Sharkar - Utusan Malaysia

Penawar lompat parti – Mohd. Sharkar

MOHD. SHARKAR SHAMSUDIIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020 bagi mewujudkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik tanpa melalui pilihan raya adalah ‘penawar’ terbaik bagi menghindar budaya lompat parti.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, lompat parti bukan perkara baharu dalam politik Malaysia.

Katanya, di sebalik keghairahan wakil rakyat melompat parti, budaya itu menimbulkan kekecewaan rakyat dan rasa dikhianati selepas mereka memberi mandat melalui pilihan raya.

“Setelah beberapa dekad politik Malaysia berkembang, penyakit lompat parti ini masih lagi tiada ‘penawar’. Jadi saya berpendapat cara sebegini (ADUN dilantik) adalah penawar terbaik.

“Jadi, jika ada wakil rakyat yang hendak melompat parti, mereka akan berfikir untuk berbuat demikian kerana pasti perbuatan itu tidak memberi kesan kepada kerajaan memerintah sekali gus menghindarkan budaya lompat parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan pindaan RUU Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2020 yang disokong sepenuhnya wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Pas tetapi ditentang wakil rakyat DAP.

Menerusi RUU berkenaan, kerajaan negeri melantik lima ADUN tanpa proses pilihan raya.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jumlah dicadangkan tidak lebih lima orang, menjadikan keseluruhan ADUN tidak lebih 47 orang termasuk 42 wakil rakyat sedia ada yang dipilih menerusi proses pilihan raya.

Menurutnya, pindaan yang dicadang bagi pelantikan ADUN dilantik berkenaan bukan perkara baharu atau sesuatu luar biasa kerana pernah dilaksanakan di Sabah dan Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya